"Semua ilmu dan amalan yang TIDAK membentuk AKHLAQ yang baik, pastinya ada KECACATAN dalam ilmu dan amalan seseorang itu."
[Habib Ali Al-Jifri]
Suasana hingar-bingar .
Pekikan dan jeritan terdengar di sana sini.
Kedengaran satu suara yang sangat kuat sedang bersemangat memberi kata-kata jihad pada teman-teman
" Ayuh, ansarullah ! Musuh sedang menantimu di hadapan sana, jangan gentar ! Jangan cuba lari dari medan jihad ! Maralah ke hadapan ! Yakinlah bantuan Allah itu ada hampir dengan kita !
Dan, mereka semua bersemangat untuk bertempur kerana Allah.
"Syurga menanti aku" Bisik hati kecil masing-masing.
Namun, di suatu sudut, kelihatan seorang pejuang yang kelihatan lemah sekali.
Mulutnya sudah beberapa kali menguap menandakan dia sangat mengantuk.
Sang ketua menghampiri " Hey, kamu! Semangatlah sikit! Sahabat-sahabat yang lain semua sudah berada di barisan paling hadapan. Tidak sabar untuk memulakan pertempuran. Sedangkan kamu, masih di sini dalam keadaan mengantuk. Jika semua pejuang seperti kamu, jangan kamu bermimpi untuk menang !
"Maafkan saya, tuan . Saya sangat mengantuk kerana malam tadi berjaga untuk mengawal keselamatan kita semua ."
" Bagaimana kamu boleh mengantuk sebegini rupa, sedangkan aku juga dan sahabat-sahabat yang lain ada yang berjaga malam, bahkan ada yang melakukan qiamullail?
"Tapi....."
"Ah, sudah ! Pejuang tidak akan memberi alasan dan kamu sama sekali tidak layak bergelar pejuang !"
...............................................................................
Itu hanya analogi.
Begitulah kita sebagai seorang pelajar .
Pelajar itu, seorang pejuang .
Pejuang dimana ? Ya! Di medan jihad ilmu .
Belajar itu sebenarnya satu jihad.
Dan, sebut sahaja perkataan belajar, sangat sinonim dengan mengantuk . Sebut sahaja mengantuk, sangat sinonim dengan budak hostel .
Kita tidak akan mengantuk sekiranya kita menyematkan dalam fikiran bahawa kita sedang berjihad bahkan, kita akan bersungguh-sungguh untuk menang dalam berjihad. Sebabnya, ada tak orang yang sedang berjihad di medan perang tertidur ketika sedang berperang? adakah mereka mengantuk ketika sedang berperang?
Kelas atau bilik kuliah itu medan jihad kita
Pensel, pen itu senjata kita .
Kawan-kawan sekelas itu, teman seperjuangan kita .
Mengantuk itu, musuh utama kita .
Pensyarah atau guru itu, ketua di medan jihad kita. Menjadi rujukan bagi kita.
Menjadi pelajar itu juga tidak boleh memberi banyak alasan .
Untuk berjaya, minimakan sebanyak mungkin alasan-alasan yang membantutkan kita untuk mencapai kejayaan .
Sekarang ini, musim final exam bagi pelajar-pelajar degree .
Sebut pasal exam, akan sinonimlah dengan surau , qiam dan segalanya yang baik-baik .
Cari Allah waktu susah ? Betapa sombongnya kita melupakan Dia ketika senang, dan menagih kembali ketika susah . Bila berjaya, lupa lagi.
Wahai diri yang bergelar pelajar , muhasabah kembali bagaimana kamu dengan Tuhanmu itu .
Dan, syurga menanti kita jika kita syahid ketika berjihad di medan ilmu jika diizinkan Allah !
Dan, syurga menanti kita jika kita syahid ketika berjihad di medan ilmu jika diizinkan Allah !
Nota hamba : Hakikatnya kita bergelar pelajar , bergelar penagih ilmu sehingga ke liang lahad . Penagih ? Erk, nampak macam kasar, tapi itulah hakikatnya .
Punya satu keinginan yang sangat tinggi, mahu menuntut ilmu agama di pondok-pondok bersama Tok-tok Guru yang mursyid.
h.a.m.b.a
9 Januari 2013 M
27 Safar 1434 H
Bumi Cinta
"Malas, menjauhlah kamu!"