Ini monolog aku .
Monolog Iman Naim.
Ramadhan 2006 M .
23 Ramadhan 2006 M aku kehilangan seorang pak cik. Kerana kanser otak . Pengsan sewaktu di bazar Ramadhan. Kami memanggilnya Pak Cik Ya.
Aku dengan dia, biasa-biasa sahaja memandangkan almarhum pak cik Ya adalah Tentera Laut Diraja Malaysia, maka , menjelang raya sahajalah yang boleh berjumpa dengannya.
Cuma, aku ada satu kenangan yang tak boleh aku lupa sampai sekarang setiap kali teringatkan Pak Cik Ya. Pak cik Ya lah orang yang telah mengangkat aku saat aku tergelincir di bilik air. Maklumlah waktu itu masih kecil, jadi nak ke bilik air pun takut walapun hari masih cerah. Tapi, waktu tu taklah cerah mana, dah hampir petang lagipun. Aku tergelincir sebab lantai licin dan nasib aku tak baik, waktu aku jatuh , bahagian belakang aku bergeser dengan bucu simen yang tak sekata dan tajam menyebabkan darah membuak-buak keluar.
Dan, aku masih ingat waktu tu, abah memarahi kaklong dan aku mungkin kerana sikap kami yang ketakutan, dan yang buat aku lebih menangis adalah kerana kaklong dimarahi kerana tidak menunggu aku sewaktu di tandas. Aku memang sayang kaklong. Aku menangis bukan sebab sakit (walapun sakit sangat) , tetapi aku menangis sebab aku melihat kaklong kena marah.
Mujurlah waktu tu, Pak Cik Ya nampak dan segera mengangkat aku naik ke atas dan merawat aku. Tidak hairanlah kalau dia mahir sebab dia seorang tentera, sudah biasa menggunakan First Aid kit. (Sebenarnya, setiap kali aku teringat kisah ni, aku ngeri sebab teringat betapa teruk dan betapa banyaknya darah yang keluar waktu tu). Dan, itulah antara jatuh yang paling teruk sepanjang aku hidup.
Kali kedua jatuh yang agak teruk sewaktu mengikuti program tarbiyah di salah sebuah kolej di Terengganu. Jatuh kerana terlangkau beberapa anak tangga dek kerana kawasan tu gelap sehinggakan sampai sekarang buat aku fobia dengan sesuatu yang bernama tangga. Masakan tidak fobia, ibu jariku terseliuh sehingga bengkak dan berlarutan hampir sebulan lebih. (Ok, lupakan yang itu)
Ramadhan 2008.
Antara kemuncaknya gangguan yang dialami oleh keluarga sebelah Abah. Almarhum nenek, mak teh dan sepupuku yang diganggu serentak. Lebih teruk adalah nenek aku yang mana hampir 2 bulan lebih tidak tidur sehinggalah 7 Syawal , dia tidur buat selama-lamanya.
Ah, untuk aku cerita kronologinya sangatlah panjang. Tapi, sesuatu yang selama ini aku dengar, aku saksikan sendiri dengan kepala mata bagaimana mereka beraksi sepanjang diganggu. Bagaimana liciknya jin-jin yang mendiami tubuh mereka membuat muslihat.
Paling aku tidak lupa, ketika menyaksikan pertarungan antara dua jin yang menguasai sebelah kanan dan kiri tubuh mak teh aku yang waktu itu menyerupai pergerakan ular. Selalunya, dalam 10 minit sahaja pertarungan. Tetapi, betapa Allah nak tunjuk pada aku, hampir 2 jam pertarungan itu berlaku membuatkan kami semua terpaksa berjaga.
Dulu, aku ingat bulan puasa takdela gangguan bagai ni. Bila dah matang dan berilmu, baru aku faham, hanya syaitan sahaja dibelenggu, tapi jin-jin tidak. Memang letih menjaga mereka -mereka yang diuji sebegini.
Aku banyak menangis waktu ni, tapi bukan mengenangkan almarhumah nenek dan mak teh aku yang sakit tetapi aku menangis melihat abah dan mak yang berhempas pulas menjaga dan berulang alik tiap -tiap minggu dari Johor ke Kelantan kerana menjenguk nenek.
Kenapa aku menangis ? Sebab aku je yang tau jawapan kenapa aku menangis melihat pengorbanan mak abah.
Mak abah yang berkorban dalam keadaan diri sendiri tidak sihat. Mak aku, sejak sebelum nikah lagi sudah diuji dengan gangguan. Selepas menikah, sehingga saat ini, boleh katakan satu keluarga ada gangguan.
Kalau kumpul duit yang kami belanjakan untuk merawat diri kami, boleh jadi kaya.
Waktu aku dan adik-beradikku kecil dulu, lagi dahsyat berbanding sekarang. Kaklong yang sering diserang sakit kepala, kami yang sering mengalami lenguh-lenguh yang keterlaluan (hanya mampu menangis menahan kesakitan), setiap kali bangun pagi, banyak kesan lebam. Bila sudah besar, ujiannya lain pula. Tapi, yang masih terkesan dengan gangguan adalah mak, aku dan adik bongsu.
Ya, aku tak nafikan , penat, letih bertarung dengan diri sendiri. Hanya Allah faham apa yang kami alami. Adik bongsuku juga begitu. Dia diberi kelebihan boleh nampak, sedangkan aku tidak . Seumur hidup , hanya sekali sahaja aku pernah nampak. Aku memang tak ingin nak nampak benda-benda macam tu.
Ruamh-rumah yang kami diami juga berpenunggu. Jika tidak menganggu , tidak apa. Dan, ujiannya, memang Allah izinkan mereka untuk menganggu dan kami dapat rasa kehadiran mereka. Pengalaman aku sendiri sewaktu melakukan sedikit ritual untuk membuat pendinding rumah sewaktu tinggal di Kota Tinggi, bagaimana kuatnya aku merasakan kehadiran mereka dengan bau hanyir darah yang tak tahu datang dari arah mana.
Rumah di Terengganu juga, aku ingatkan bebas dari anasir-anasir sebegitu, rupa-rupanya tidak. Bahkan ada peristiwa yang berlaku di rumah tu melalui apa yang jiran aku ceritakan. Dan , keadaan bertambah tidak elok apabila mak teh aku yang diganggu kembali di bawa pulang ke rumah aku.
Masakan tidak , aku sendiri pernah tidur bersebelahan "benda" tu. Itu kali kedua. Kali pertama aku tidur bersebelahan benda tu sewaktu menginap di rumah cikgu aku. Pernah satu malam, ketika hendak tidur, keadaan sudah gelap gelita, aku sangat-sangat merasakan kehadiran benda tu, tapi aku diamkan diri. Sehinggalah esok pagi, adik-adik aku juga bercakap perkara yang sama dan tambah menggerunkan bila adik bongsuku bagitahu dia nampak "benda" tu di tingkap.
Setelah pemergian nenek, gangguan sedikit berkurangan, tapi bagi aku, tidak. Sebab aku tahu, aku diuji dari sudut lain. Sesuatu yang tak mungkin aku kongsikan di sini, tapi cukuplah Allah tahu betapa aku berusaha melawan itu semua. Dan, tidur malamku yang sering dihadiri mimpi-mimpi yang mengerikan, benda-benda kotor yang aku sendiri akan kepenatan saat bangun pagi keesokan harinya.
Ramadhan kali ini.
Aku berharap tidak mendengar sebarang cerita berkenaan gangguan. Tapi, ternyata tidak. Masih lagi. Sehingga tempiasnya, kena pada adik bongsuku. Aku tahu, dia juga usaha melawan. Bahkan, air mata yang mengalir sudah tidak boleh dikira.
Setiap kali pergi berubat, walaupun tanpa kehadiran aku dan adik bongsuku, nama kami tetap akan naik dalam sesi rawatan. Sebab antara kami empat beradik, benda benda tu lebih berminat dengan aku dan adik bongsuku.
Orang yang kenal aku pasti merasakan aku sihat, tidak ada apa-apa. Tapi, sesuatu yang aku hairankan juga bila perawat-perawat (ada yang bagi hint, ada yang cakap direct) kata kes aku dan keluarga aku berat.
Dalam hati " berat setaro mano?"
Mungkin ada logiknya kalau kes kami berat sebab sepanjang aku hidup, sepanjang itulah ada gangguan.
Tambah pula, aku seringkali bertemu dengan orang-orang yang punya gangguan juga.
Tinggal sekali. Maka, ujiannya pun makin bertambah hebat.
Kami memang tidak histeria bagai. Tapi, dari segi kesihatan sangat-sangat terganggu, dari segi fikiran, hati , perasaan , ibadah, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, sangat-sangat terganggu.
Aku tak dapat terjemah apa yang aku rasa sebab kata-kata takkan mampu menceritakan apa yang aku rasa.
Cuma, impianku, aku mahu pulih, aku mahukan sokongan dan aku mahukan pengertian daripada orang-orang yang tidak memahami dan menganggap remeh.
Dan, aku mahu pulang pada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera.
Nota hamba : Maaflah jika aku bercerita sesuatu yang tidak patut, tetapi aku hanya mahu berkongsi.
Dengan asbab ujian ini, banyak yang aku boleh kongsikan tips-tips saat ada sahabat-sahabat atau kenalan yang diuji dengan ujian sebegini.
Dan, kenapa kadang-kadang aku bersikap negatif, sebab pengalaman yang aku alami, juga dengan asbab gangguan sejak kecil. Bukan aku tidak berusaha jadi positif, aku sering mujahadah, melawan segalanya. Tapi, mujahadahku sering patah. Dan, mujahadahku memerlukan seribu lagi mujahadah.
Dan, kenapa kadang-kadang prinsip aku sering berbeza dengan orang lain?
Dan, kenapa kadang-kadang pendapat aku sering menimbulkan khilaf?
Jawapannya di atas.
Hidup aku, aku yang tahu. Aku harus redha dengan lukisan takdir yang Allah lakarkan untuk aku.
Sebab aku tahu, lubuk pahala setiap orang tidak sama.
Walau seringkali hatiku kecewa, membandingkan diri dengan orang lain, tapi pesan seorang sahabat, REDHALAH dengan apa yang Allah beri, membuatkan aku mahu untuk terus bersangka baik dengan Allah.
Aku sering pujuk diri "ujian kau tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan saudara-saudaramu yang ditindas, disembelih. Allah Maha Kuat"
Doakan aku. Aku nak jadi solehah macam kalian.