Langit cerah di bumi Terengganu . Moga hati kita secerah itu.
Namun, harus diingat, langit tidak selalunya cerah. Awan mendung pasti bertandang .
Begitu juga dengan hidup kita . Ada pasang surutnya . Ada suka dan duka. Ada tangis dan tawa.
Manusia mana yang tidak diuji? Ada yang mahu mendabik dada bahawa "aku tidak pernah diuji"?
Itu sombong namanya. Dan, ketahuilah mereka yang merasa tidak diuji itu sebenarnya sedang diuji. Diuji Allah dengan rasa angkuh.
Ujian itu pasti , dan atas tujuan itu kita hidup. Kita hidup untuk diuji.
Aku tahu, ujian, mehnah, tribulasi, letaklak nama apa sekalipun, itu pasti memenatkan.
Memang penat, memang letih . Dunia itu medan peperiksaan . Natijahnya, baik cemerlang atau tidak, ketahuilah keputusannya di sana kelak.
Dan, ketahuilah jiwa-jiwa yang letih, Allah tidak pernah meninggalkanmu .
Jika masih merangkak-rangkak menuju Dia, berusahalah agar bisa bertatih, berjalan dan terus berlari menuju Allah. Larilah ke dalam dakapan rahmat Allah .
Menangislah kerana, tangisan itu bisa meredakan hati. Sapulah air mata itu ke wajahmu, moga itu bisa menjadi penghalang dari api neraka.
Bersujudlah, berdoalah kerana Dia sering menantimu.
Allah, terima kasih kerna tidak pernah meninggalkan kami.
Hidup ini memang penuh dengan mehnah.
Memang penat, memang lelah!
Namun, pujuklah hati agar terus teguh
Jangan rapuh nanti kau ter"bunuh"
Kerana DIA tidak pernah zalim pada hambaNYA
Sabarlah dalam bersabar, sabarmu itu memerlukan seribu lagi kesabaran!
Nota hamba : Waktu terus berjalan. Tik tok! Tik tok! Menghitung hari-hari terakhir sebelum menamatkan pengajian sebagai siswi Bumi Tarbiyah KUSZA-UDM-UniSZA.
Rasa lucu, pula apabila terkenangkan sahabat-sahabat yang suka merujuk soal BM kepada saya. Dalam hati "aku ni, macam orang dah kahwin je"
Banyak pula khabar berita mengatakan ramai sahabat yang diuji dengan gangguan-gangguan makhluk halus. Allah, kuatkanlah mereka.
Jujur dari hati, 4 tahun di bumi tarbiyah tercinta ini, kenangan lebih banyak bersama sahabat-sahabat tarbiyah berbanding teman-teman sekelas. Namun, ada juga teman-teman kelas yang saya anggap sebagai sahabat.
Ah, bumi tarbiyah ini banyak memberi kenangan kerana di sini aku belajar tentang kehidupan.