Quantcast
Channel: احفظ الله يحفظك
Viewing all 103 articles
Browse latest View live

Double U.

$
0
0
Di negeri Johor, ada sekolah agama.
Usai pulang dari sekolah rendah, maka petangnya, ke sekolah agama pula.

Saya seronok bersekolah agama kerana saya cintakan subjek-subjek agama.

Dari situ, saya menanam harapan untuk menjadi ustazah sekolah agama apabila saya besar nanti.

Menginjakkan kaki ke sekolah menengah sebagai pelajar rancangan kelas agama mengenalkan saya pada satu subjek.

Subjek Bahasa Arab Komunikasi. Subhanallah, kecintaan saya pada bahasa syurga ini sangat mendalam sehingga target saya untuk markah subjek ini mesti 90 ke atas. Ditambah lagi dengan ustaz-ustaznya yang masih bujang . Eh ?

Tak ada,lah. Ustaz-ustaznya sangat baik. Saya cintakan ustaz-ustaz bahasa Arab saya. Sehingga kini.
Dan, daripada situ, saya menanam niat di hati untuk menjadi pensyarah Bahasa Arab.

Dengan semangat yang tinggi untuk menyambung pengajian Bahasa Arab, saya mendapat tawaran ke SMKA. Di situ, saya belajar Bahasa Arab Tinggi.

Dan, keputusan Bahasa Arab Tinggi saya, alhamdulillah , sangat memuaskan hati lalu menjadi pendorong saya untuk meneruskan cita-cita untuk menjadi pensyarah Bahasa Arab.

Dan, dek kerana bidang agama lebih dikuasai berbanding bidang sains, mendorong saya untuk memohon kos-kos pengajian Islam di universiti tempatan.

Namun, perancangan Allah terbaik. Saya tidak mendapat mana-mana tawaran untuk ke universiti. Dan, akhirnya, saya meneruskan pengajian ke matrikulasi dalam sains hayat dan kini, telah tamat pengajian di universiti dalam kos Teknologi Makanan.

Cita-cita sentiasa berubah seiring dengan minat dan dalam bidang apa yang kita belajar.
Hingga kini, saya masih belum punya cita-cita tetap.
Tapi, insyaALLAH masih memburu untuk cita-cita yang satu itu.

Ada hikmah Allah campak (eh kasar sangat tu), Allah letak saya dalam bidang pemakanan.

Allah, permudahkah semua hambaMU dalam menuntut ilmu
 demi meninggikan Islam, merendahkan kuffar!


___________________________________________________________

Saya teringat satu hadis .

"Daripada Muawiyah bin Abu Sufyan r.a, Nabi saw bersabda : " Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama padanya".

Bila mengamati hadis ini, saya jadi sedih. Adakah aku tidak layak mendalami ilmu-ilmu agama?
Tapi, saya tepis perasaan itu, Tidak baik buruk sangka dengan Allah.

Mengenangkan sahabat saya, ukht Diyana yang kini di pondok pasir tumboh, saya jadi cemburu.
Mengenangkan sahabat saya, ukht Nabilah yang akan ke pusat tahfiz (tempat yang sepatutnya saya pergi, tapi tidak kesampaian), saya jadi cemburu.
Mengenangkan sahabat saya, ukht Zulaikha, ukht Amyra dan ukht Aini Khadijah yang telah bernikah, saya jadi cemburu .

Eh, lari topik, lah! Mana ada saya cemburu, gurau sahaja.

Satu hari, saya agak memberontak bila mak , abah , kakak saya tidak mengizinkan saya pergi ke pusat tahfiz .

"kalau ikutkan hati, orang tak nak kerja lagi.."
"Doh, mu nok wat gapo?"
"Orang nak pi belajar agama..."
"Doh, marilah..mak gi ata pondok pasir tumboh..."

Saya diam.

____________________________________________________________

Allahurabbi, saya fikir dalam-dalam.
Pujuk diri.
Tolak ke tepi dahulu hasrat hati.
Tunaikan harapan emak dan abah.

Membandingkan diri dan mereka.
Lebih-lebih lagi, sudah ramai kawan sekelas saya yang sudah mendapat pekerjaan.
Rezeki setiap insan lain-lain.
_____________________________________________________________

Kenapa saya mahu sangat-sangat pelajari ilmu agama ?

1. Mahu dekatkan diri dengan Allah
2. Kenal tipu daya syaitan
3. Jauh daripada dosa
4. Perbaiki ibadah
5. Punya hujah yang mantap jika berdepan dengan orang-orang yang suka memandang rendah pada Islam walaupun dia sendiri Muslim.

Ulama' semakin tidak ada . Ulama' yang ada, diseksa, dibunuh, diketepikan.
Umara' semakin kejam. Tidak adil.

Daripada Thauban khadam Rasulullah saw, Nabi saw bersabda : " Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat " (Riwayat Abu Daud & Tarmizi )

Rasa nak menangis tak? Betapa sayangnya Rasulullah saw pada kita, bimbangnya baginda jika umatnya dipimpin pemimpin yang sesat.

Diriwayatkan daripada Abu Naim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama dan umara."

Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama dan umara pada zamannya pula menyatakan: "Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama untuk melakukan kerja amar makruf dan nahi mungkar tanpa mengira sangat kekejaman pemerintah. Mereka percaya Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid jika ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang, lidah ulama sudah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Jika pun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama. Sementara ulama pula rosak kerana tamak harta dan pangkat."

Ya, itulah double U yang saya maksudkan.

Ulama'dan umara'

Dan, bila dicampur dengan umat. itu sudah jadi triple  U ?

Senyum.

Ulama' membentuk umara', umara' membentuk umat .


Daripada Abu Darda' , Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya para ulama adalah pewaris nabi-nabi yang tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna.

Daripada Abdullah 'Amr, Nabi saw bersabda : " Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka, orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."

Nampak tak kepentingan ulama' ?

Dan, kita yang jahil ini terlalu banyak persoalan yang bersarang di minda .

Dalam kita bertanyakan persoalan - persoalan agama kepada mereka, mengapa tidak kita menadah ilmu dengan mereka .

Sesungguhnya, sang alim yang sedang tidur lebih ditakuti syaitan daripada sang abid yang jahil.

Dan, ingat akhir zaman ada dua jenis ulama'

Ulama' yang baik - Ulama' yang mengorbankan diri dan harta demi kepentingan agama
Ulama' jahat - Ulama' yang menggadaikan agama demi kepentingan diri dan harta

Nota hamba : Bila teringat sekolah agama, saya teringat seorang ustaz yang agak rapat dengan saya.
Menjadi guru kelas sewaktu darjah lima. Menjadi guru berzanji dan alquran sewaktu darjah 6.

Dia  pernah meminta saya mengalunkan bacaan berzanji di dalam kelas. Tapi, saya hanya mendiamkan diri . Dan, saya tahu dia sedikit kecewa dengan tindakan saya yang diam membisu.

Pernah juga dia meminta saya menjadi wakil sekolah bersama seorang lagi teman saya untuk pertandingan berzanji. Tapi, saya tolak dengan alasan abah tidak membenarkan dan saya cakap dengan ustaz " saya tak nak masuk berzanji sebab saya tak boleh bawa alunan bernada tinggi..tak sampai"

Saya nak minta maaf dengan ustaz, tapi tak tahu nombor telefon , usaha mencarinya di FB, tapi tidak ketemu juga. Aduhai~

Hey, BN is PAS  tau .

Jangan tak percaya . Ada maksud tersirat antara BN dan PAS.
Hah, depa nak bertahalluf siyasi ke ?
Eh, taklah .

Ini maksudnya :
Bintu Noh is Pencinta Allah Selamanya .

InsyaAllah.

Dan, jangan ingat "asal tulis pasal ulama' je, sokong PAS. UMNO pun ada ulama' apa......" (Sengih sinis)

Oh, lagi satu! saya sangat suka guna kaedah akronim dalam pembelajaran sebab mudah untuk ingat.

Baitul Muslim, Bina Molek !

$
0
0
Ingat, calon bukan sekadar soleh/solehah, tetapi mestilah bertanggungjawab dan saling memahami.
Hubungan dua hala perlu ada, tapi bersederhana.
(eh, gaya cakap macam ada pengalaman je)
Saya belajar dari pengalaman rumahtangga manusia lain.
Gemar memerhati, untuk dijadikan ingatan buat diri 
supaya berguna satu hari nanti 
saat saya bergelar isteri.

Baitul muslim. Topik yang sentiasa hangat di bibir-bibir aktivis dakwah. ( walaupun sudah tamat pengajian kampus).

Sebab, bukan di kampus sahaja kita berdakwah , tapi sehingga akhir nafas dihembus. (biiznillah)

Bicara berkenaan Baitul Muslim, bukanlah bermakna seseorang itu jiwang atau tidak sabar nak merasai "kenikmatan" cinta selepas nikah, tetapi ada antaranya memikirkan besarnya tanggungjawab yang tersirat di sebalik kemanisan halalnya cinta.

Ada kepahitan jika baitul muslim gagal dilaksanakan dengan sebaiknya.
Ya, pelbagai perkara yang perlu ditanggung sebelum menjawabnya di sana nanti.
Sebab itu, Baitul muslim adalah sesuatu yang serius untuk dibincangkan bukan sekadar suka-suka bercerita "ada min taqdim ana""mat tu dah terima ana".

Baru-baru ini, saya dapat satu mesej dari sahabat kesayangan saya. Dia minta saya carikan seorang muslimin untuk dijadikan zauj. Hati saya bertekad untuk menolongnya setelah membaca sms yang dikirimkan kepada saya.

Antara sebab utama dia minta segera dicarikan calon :

1. Mudah nak bergerak kerja dalam jemaah.
2. Ibu dia beri peluang untuk dia cari calon sendiri sehingga usia 25 tahun. Jika tidak, dia akan dinikahkan dengan pemuda pilihan keluarga yang tidak faham tarbiyah.
3. Bukan tidak mahu menggunakan ubm kampus. Tetapi ubm kampusnya tidak aktif dan dia tidak thiqah dengan muslimin kampusnya atas beberapa peristiwa.

Perkara yang paling mengejutkan saya, dia memberitahu , keluarganya pernah merancang majlis pernikahan tanpa pengetahuannya dan minta dia balik dengan segera untuk majlis akad nikah sedangkan orang yang mahu bernikah dengannya adalah "pemuda biru".


Persoalannya, di mana muslimin yang mahu menyelamatkan muslimat mereka?
________________________________________________________

Pesanan khas buat muslimin.
Kalian hebat berbicara "pilihlah berdasarkan agama, bukan sekadar rupa"

Tapi, bila diperhati, yang dipilih kalian, muslimatnya putih, cantik walaupun tidak aktif.
Yang aktif, tidak dipilih kerana kurang cantik, berkulit gelap.

Ada diskriminasi di situ.

Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka punya hak.
But, there is an issue for us to ponder. Never ignore it.

Aktif atau tidak, terpulanglah. Sebab itu salah satu matlamat Baitul Muslim adalah memastikan keberlangsungan gerak kerja dakwah.

Cuma, pilihlah muslimat/ akhawat jemaah kalian.
Selamatkan mereka sebelum mereka disambar "insan-insan" yang tidak faham tarbiyah.
Kerna mereka memerlukan kalian untuk membimbing mereka.
Bukannya mereka yang akan membimbing suami mereka.
_______________________________________________________
Saya yakin, jika anda muslimat PAS, anda mahu dinikahi muslimin PAS.
Jika anda akhawat IKRAM /ISMA , anda mahu dinikahi ikhwah IKRAM/ISMA.
Jika anda serikandi KEADILAN, anda mahu dinikahi pemuda KEADILAN.
Jika anda puteri UMNO, anda mahu dinikahi pemuda UMNO.

Ke, kalau anda pemuda UMNO, tapi nak nikah dengan muslimat PAS ?

Jika kalian memang orang yang "bergerak", pemilihan calon dalam soal politik atau jemaah juga satu faktor yang penting untuk keberlangsungan baitul muslim anda.

Baitul muslim, perancangannya mestilah teliti, bukan semberono sahaja.
Ingat, pernikahan bukan sehari dua, tapi sampai syurga.


Dan, buat yang sudah melepasi fasa bertunang dan menikah, semoga berbahagia hingga ke syurga.
Buat yang sudah melepasi fasa bertunang , jaga syariat insyaALLAH ada berkat.
Buat yang belum berpunya, yakinlah dengan Dia. HikmahNYA dicari.


Nota hamba : Saya bahagia melihat sahabat-sahabat bahagia. Mohon doa untuk saya dan sahabat-sahabat yang masih belum menikah.

Ya, perancangan teliti. Jangan mengikut emosi , tapi turutkan kata hati.
Kerna hati, ia tidak pandai menipu diri.


Pesanan istimewa untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang membaca blog saya, kalian kenal saya baik di alam maya atau alam realiti. Karakter saya berbeza.

Doakan saya istiqamah di jalanNYA.

Kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man "tidak ada jaminan melainkan rahmat Allah untuk kita terus istiqamah di jalan Allah"

Korek Si Diri

$
0
0

Bila koreksi diri, banyaknya kutemui kekurangan & kekhilafan diri, lantas aku merasakan tidak pantas untuk aku bersedih dengan segala hadiah ujian dariMu kerana aku yakin , aku pasti itulah tanda aku masih diberi peluang untuk kembali padaMu sebelum tiba satu saat aku pergi tak akan kembali.
Solat . Sabar . Senyum . Syukur .
Redha . Qanaah . Ikhlas .


Subhanallah, lama sangat tidak menulis. 

Ya, aku sengaja tidak menulis kerana rohaniku tidak bersedia. 

:)

Bila seseorang tenggelam dalam sebuah dosa, lidahnya tidak akan sanggup melarang orang lain daripada melakukan dosa yang sama, apatah lagi untuk bersikap tegas.
Kalau ingin bicara tanpa beban, bebaskan dulu diri sendiri dari dosa yang membelenggu supaya diri tidak merasa hipokrit !

Dosa atau maksiat itu menghambat urusan dunia, agama, dan akhirat. Dalam urusan dunia, rezeki menjadi terhalang. Dalam urusan agama, ilmu dan al-Qur'an yang sudah dihafal menjadi lupa. Dalam urusan akhirat, jelas sekali celaka menanti. Tidak ada untungnya berbuat dosa, baik dari segi dunia, agama dan akhirat. Kecuali hanya pemuasan nafsu semata-mata !


Allahurabbi. Aku tahu, aku banyak khilaf.
Aku tahu, aku bukanlah orang yang baik tetapi aku berusaha mendidik jiwaku untuk menjadi baik biarpun aku sering tewas.

ya, aku tahu aku memang banyak khilaf dan aku mohon seinfiniti kemaafan .

:)

Viewing all 103 articles
Browse latest View live