Oh Allah , seperti ini keadaanku. Aku takut menjadi daie yang rosak !
Kerana aku manusia!
Aku dihadiri oleh kehadiran ukhuwwah yg sejati seiring untuk aku naik. Merekalah insan yang memberikan aku semangat untuk membawa org lain. Sama-sama menangis ketika usaha ini tidak dihargai, sama-sama menangis ketika hati ini kering, sama-sama menanggung duka kesusahan sambutan, kesempitan wang, kekangan keluarga dan pihak atasan.
Semua rasa yang sama dihadiri oleh Allah terhadap jiwa-jiwa ini, makin kental. Namun ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Aku di uji oleh Allah ketika jiwa ini terasing berjauhan dengan mereka. berjuang sendirian.
Aku nak menangis ketika apa yang aku mahu tidak tercapai target kerja dakwah ku. Aku menyalahkan diri ku, aku menyalahkan orang sekelilingku. Tapi aku lupa bahawa ini semua terjadi dengan izin Allah. ini semua kehendakkNya, ini adalah pertarungan iman dan ujian aku terhdap apa itu kerja di jalan Allah. aku harus kuat! Aku harus tabah!
Aku harus berubah menjadi hamba Allah yang sentiasa mahukan keredhaan Nya. Aku harus tabah. Namun, aku sering tergelincir. Dan aku tergelincir keseorangan. Ketika aku merosakkan nama sebagai seorang daie. Seorang yang sepatutnya menjadi contoh pada org lain. Seringku menangis pinta Allah membelaiku. Sering aku pinta malaikat menyelimutkan ku.
Tangan ku juga mengosok belakangku, tangan ku juga membelai rambutku, tanganku jua menyapu airmataku. Aku tak tahan dengan jiwaku yang lemah. Aku sedih dengan diri ku. Kadang jiwaku bercelaru.patutkah aku masih dijalan dakwah? Dan menjalani hidup seperti orang biasa? Bukan sebagai daie?
“Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang dijalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji benar dari ALLAH di dalam taurat, injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu. Dan demikianlah itulah kemenangan yang agung” at-taubah : 111
Aku harus gembira, aku harus yakin dan aku harus bersabar! Kerana Allah telah membeli ku sebagai daie.
Taken from QuranicGen