"Along! Along!"
Kedengaran sayup-sayup suara seseorang memanggil Azlan.
Dia sengaja tidak menoleh kerana sangat mengenali suara halus itu.
Hatinya bermonolog " Budak ni bikin gua panas je. Dahlah memang cuaca tengah panas!"
Dia sengaja melajukan langkah kakinya kerana mamanya telah menunggu sejak tadi.
Azlin Fitri.
Termengah-mengah dia dek kerana lajunya berjalan.
Nafasnya putus-putus. Orang yang lalu lalang di hadapannya pasti akan menoleh ke arah dia.
Ada yang tersenyum, ada yang memandang sinis , ada yang mencebik.
"Humm...baik Azlin duduk kat surau dulu. Nanti dah redup sikit, Azlin baliklah. Solat zuhur dulu pun ok jugak, nanti dah sampai rumah taklah kelam-kabut."
Sambil berjalan menuju ke surau, dia terfikir-fikir.
"Pelan sangat ke suara Azlin tadi sampai Along tak dengar? Macam nak putus anak tekak duk menjerit panggil Along. Takpelah, Along pun nampak macam rushing je tadi. Eh, Azlin kau ni membebel pulak, jom solat."
Azlin memang begitu. Gemar berbicara dengan dirinya sendiri. Kerana tidak ada yang sudi berkawan dengannya.
Setibanya di rumah.
Baru sahaja melangkahkan kaki , kedengaran satu suara memanggilnya.
"Woi Azlin, baru balik ke? Dah pukul berapa ni? Macamlah sekolah tu jauh sangat, padahal sekangkang kera je kot. Oh, agaknya kau ni memang spesies kera kot."
Gelak besar.
Azlin hanya menunduk. Sebak hatinya. "Sampai hati Along panggil Azlin kera."
Dirasakan matanya hangat. Cepat - cepat dia menggenggam tangan tanda dirinya sedang memberi kekuatan pada diri. "Azlin, jangan menangis. Azlin kan dah janji dengan ayah tak nak menangis."
"Woi, dah kau ni kenapa, senyap je? Bisu pulak ke? Dah, kau mai sini sat.."
Azlin masih tak bergerak.
"Woi, kera! Kau pekak ke ha? Aku suruh mai kat aku sekejap...!"
Azlin terperanjat. Dengan langkah yang perlahan, dia menuju ke arah Azlan.
"Cepatlah sikit! Lembab! Terhegeh-hegeh! Memang patut aku tak mengaku kau adik!"
Setibanya Azlin di hadapan Azlan, dengan tidak semena-mena "Pang!!!!"
Azlin terus terduduk. Azlan menggoncangkan bahu Azlin dengan kuat sambil memberi amaran tanpa mempedulikan Azlin yang sedang sakit.
"Eh, kau dengar sini ea! Berapa kali aku pesan, jangan panggil aku Along kat sekolah. Bila kat sekolah, kau bukan adik aku. Eh, bukan kat sekolah je, sampai bila-bila kau bukan adik aku! Aku malu ada adik macam kau!"
_________________________________________________
Malam itu, setelah solat Isya', Azlin terus menutup lampu bilik dan berbaring di atas katil.
Dia tahu, tidak akan ada orang yang memujuknya untuk mengajaknya makan malam bersama.
Mama sudah semestinya, Along apatah lagi. Kalau ada Angah pun, sama sahaja.
Alangkah indahnya jika Ayah ada di sisi.
Azlin menangis. Dipeluknya bantal busuk kesayangannya rapat-rapat.
Hatinya merintih ," ya Allah, lebih baik Azlin mati, kan ya Allah? Semua orang benci Azlin. Azlin tak kisah kalau orang luar ejek Azlin. Tapi bila keluarga sendiri yang ejek, bila keluarga sendiri susah nak terima, hati Azlin sakit sangat. Hinakah, Azlin ya Allah?"
"Kenapa ayah tinggalkan Azlin sorang-sorang dekat sini? Azlin nak ayah.."

Di ruang tamu.
"Mana Azlin, Along ? Senyap je..."
"Huh, dah tidurlah tu. Biarlah dia."
"Hai, macam marah je bunyi. Kenapa ni, sayang?"
"Ma, Along marah sangat tau. Ada ke kat sekolah tadi , dia jerit panggil nama Along..Along pun, buat bodoh je,lah..."
"Ish, Azlin ni. Banyak kali dah mama pesan,kan ? Budak tu , menyusahkan betullah. Kan bagus kalau dia duduk je dengan nenek kat kampung. Ni ayah kau,lah ni. Pandai-pandai suruh mama jaga. mama pun bisy jugak dengan persatuan kebajikan mama tu.. Kalau dia panggil Along lagi, Along bagitau mama, mama tenyeh mulut dia dengan cili.."
Nota hamba : Jika ada masa dan rezeki, saya akan sambung cerpen ini.
Jika tidak, anda karanglah cerita sendiri ya!
* Tidak mengapa jika dirimu bersendirian, dipinggirkan . Kerana di dalam kubur nanti juga, kau keseorangan .